Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

181) MEMAGAR SEKITAR KAWASAN TASIK PUCHONG PRIMA YANG TELAH MERAGUT NYAWA SERAMAI 7 ORANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memagar sekitar kawasan Tasik Puchong Prima yang telah meragut nyawa seramai 7 orang di tempat yang sama?

    Pihak Majlis telah memohon kerjasama pihak pemaju untuk memasang pagar keselamatan dan papan tanda amaran/peringatan di tepi Tasik Puchong Prima yang melibatkan kemalangan maut akibat mati lemas tersebut yang terletak di Jalan TPT 1 berhadapan Pangsapuri Sri Markisa.

    Keseluruhan Tasik Puchong Prima adalah kolam takungan di bawah kawal selia Jabatan Pengairan Dan Saliran Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.