Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

138) MEMAJUKAN BAZAR DARUL EHSAN DI KG KANCHONG DARAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan Bazar Darul Ehsan di Kampung Kanchong Darat? Bangunan ini telah menjadi sarang penagih dadah kerana tidak digunakan.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah mempertimbang dan meluluskan permohonan HIJRAH Selangor untuk menguruskan Bangunan Darul Ehsan (BDE) Kuala HIJRAH Selangor telah merangka perancangan yang komprehensif bagi tujuan pembangunan usahawan. Berikut merupakan perincian program yang telah dirancang untuk dilaksanakan:

    1.Bahagian Dalam Bangunan BDE

    Berdasarkan lawatan pihak KOHIJRAH, bahagian dalam bangunan yang mempunyai berkeluasan anggaran 890 x 110 kaki persegi. Berikut adalah cadangan perancangan perniagaan di dalam bangunan IKS, antaranya :

    • Menyewakan lot kedai kepada usahawan yang berminat;
    • Menyediakan perkhidmatan Pos Laju (ejen) yang diuruskan oleh KOHIJRAH untuk memudahkan orang ramai dan juga usahawan online menggunakan perkhidmatan tersebut;dan
    • Menyediakan pusat latihan dan pembangunan usahawan atau “One stop Centre” untuk mendapatkan informasi Program-program di bawah Smart

    2.Bahagian Parkir

    • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan agensi swasta untuk mewujudkan pasar segar/pasar tani pada hujung minggu ;
    • Mewujudkan Medan Selera pada waktu malam (gerai tetap) – mencipta satu identiti baru kawasan medan selera yang menawarkan menu ikan bakar atau Seafood dan Masakan Panas;
    • Car Booth Sale/ Pasar Karat untuk penggalakan penyertaan usahawan muda mencebur diri dalam bidang perniagaan; dan
    • Mewujudkan Bazaar

    3.Kemudahan Program/Latihan

    • Usahawan berpeluang untuk mendapatkan kemudahan program dan latihan melalui penyediaan Penggunaan Teknologi dan Komunikasi (ICT) untuk usahawan HIJRAH Selangor bagi mengembleng dan mentransformasi perniagaan mereka dengan lebih efektif dengan penggunaan teknologi terkini melalui ICT.

     

    • Penyediaan Program latihan usahawan ini turut dibantu oleh konsultan-konsultan yang dipilih oleh Yayasan HIJRAH Selangor yang membawa kepada manfaat seperti menjimatkan masa, mengurangkan kos dan meningkat kualiti produk usahawan seperti kursus penjenamaan produk, kaedah pemasaran atau talian Facebook advertisement (FB ads), rekabentuk menggunakan perisian Ai atau Adobe Photoshop, penghasilan laman web perniagaan dan sebagainya.
    • Rancangan kemudahan rakaman produk atau demontrasi produk (produksi) untuk memudahkan penghasilan video bagi tujuan dipromosikan produk perniagaan usahawan.

    Namun demikian, bagi merealisasikan perancangan tersebut, HIJRAH Selangor akan memulakan pembaikan bangunan bermula tahun 2019.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.