Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

129) MEMANDANGKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TELAH MENGAMBIL ALIH SEPENUHNYA PENGURUSAN AIR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menambah baik sistem perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor?

    Untuk menambahbaikkan sistem perkhidmatan bekalan  air  di  Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi bagi mengendali dan menyelenggarakan sistem rawatan dan agihan bekalan

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.3  bilion  untuk  pembangunan  dua loji rawatan air baharu (Semenyih 2 dan Labohan Dagang) dan kos penggantian paip-paip lama sepanjang 422 kilometer.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Air Selangor akan membaik pulih 40 rumah pam dan 50 buah kolam takungan air sedia ada dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 239 juta liter secara berperingkat dari 2017 sehingga 2019. Kerja-kerja membaiki 11 buah kolam takungan air dengan  kapasiti  59 juta liter       dan rumah pam sedang dilaksanakan bermula 2016 untuk diguna pakai apabila siap sepenuhnya.

    Kerja-kerja penggantian paip lama sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2019. Air Selangor  sedang  dan  akan terus mengenal pasti kawasan-kawasan lain yang memerlukan  penggantian paip lama.

    Bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil dari 32% ke 29% pada hujung  tahun 2019, Air Selangor telah menubuhkan pasukan terdiri  daripada  150 warga kerja sepenuh masa untuk mengesan kebocoran di saluran paip untuk dibaiki.

    Air  Selangor  sedang  giat  membangunkan   Sistem   Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan dan Pengebilan  baharu  bertaraf  dunia  menggantikan sistem legasi berusia 20  tahun  demi  menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan pada awal tahun 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.