Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

235) MEMARTABATKAN PERANAN WANITA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berbanding dengan Kerajaan Pusat yang sering meremehkan potensi wanita, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan peranan wanita termasuk membangunkan profil tokoh-tokoh wanita di Negeri Selangor?

    Di dalam usaha Kerajaan negeri Selangor ingin memertabatkan peranan wanita kefahaman keperluan sebenar rakyat Selangor perlu dilihat lebih-lebih lagi di mana separuh daripadanya adalah wanita, proses pengarus utamaan gender juga perlu berlaku. Kefahaman gender akan menghasilkan pengamatan yang lebih terperinci terhadap jalan-jalan penyelesaian khusus terhadap permasalahan rakyat agar tercapai keadilan sosial dengan lebih berkesan dan segera.

    Kerajaan negeri Selangor berusaha untuk memartabatkan peranan wanita melalui beberapa mekasnisme pengukuhan dan pelaksanaan menerusi Majlis Permuafakatan Wanita Selangor (MPWS), Sekretariat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Selangor, Minimum 30% Pembuat Keputusan dan Kepimpinan Kepada Wanita dan Pengarus Utamaan Gender. Mekasnisme ini terkandung di dalam Pelan Tindakan Wanita Selangor di mana pelaksanaan dilakukan secara berperingkat iaitu:

    • Jangka panjang 2010-2025
    • Jangka pertengahan 2010 – 2015 dan
    • Jangka pendek 2010 -2012

    Pelaksanaan  berperingkat  jangka pendek pemberdayaan wanita Selangor  telah berjaya memartabatkan peranan wanita termasuk membangunkan profil tokoh-tokoh wanita di Selangor seperti:

    1. Minimum 30% pembuat keputusan dan kepimpinan kepada wanita melalui kesedaran gender menerusi pengarus utamaan gender di mana komposisi barisan pembuat keputusan di berbagai peringkat dalam pentadbiran Negeri Selangor menjadi lebih adil, seperti di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri – EXCO Wanita MMKN yang telah memenuhi 40% dari jawatan portfolio sedia ada.
    2. Mempunyai 8 Pusat  Khidmat  Masyarakat DUN yang diwakili oleh wanita di dalam Dewan Undangan Negeri
    • Pelantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor mulai 1 Julai 2011, merupakan wanita pertama yang menjawat Yang Dipertua (YDP) di Selangor, dan
    1. Pelantikan Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seramai 14 wakil wanita dari 12 buah PBT atau 14% menggambarkan peranan wanita di negeri Selangor telah diperakui oleh pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
    2. Pelaksanaan Dasar Baru melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan keprihatinan dan keutamaan kekeluargaan dengan memberi kemudahan kepada wanita untuk cuti bersalin 90 hari, cuti isteri bersalin 14 hari dan cuti kematian suami 30 hari.

    Dalam konteks ini kerajaan negeri Selangor disokong oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor akan sentiasa dan berterusan memberi impetus dan keprihatinan yang khusus dalam meningkatkan kualiti hidup dan status pembangunan menyeluruh wanita di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.