MEMBAIK PULIH JALAN-JALAN KAMPUNG TRADISI DI PINGGIR BANDAR
10) MEMBAIK PULIH JALAN-JALAN KAMPUNG TRADISI DI PINGGIR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak jalan-jalan dan longkang di kampung-kampung tradisi di kawasan pinggir bandar terletak di tanah-tanah persendirian. Jalan-jalan ini telah wujud sekian lama. Mesyuarat MMKN terdahulu telah meluluskan agar peruntukan Kerajaan Negeri boleh digunakan untuk membaiki jalan-jalan yang telah sedia ada. Berapa banyak jalan-jalan tersebut telah direkodkan oleh pihak PBT atau Pejabat Daerah?
Tiada rekod khusus bagi jalan/laluan awam yang berada di tanah hak milik persendirian. Walau bagaimanapun, pada ketika ini Jabatan/Agensi terlibat telah melaksanakan tindakan proaktif untuk mengumpulkan maklumat dan merekodkan jalan/laluan awam yang berada di atas tanah hak milik persendirian. Perkara ini masih di dalam proses awal pengumpulan maklumat tersebut.
