Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

189) MEMBAIKI PULIH JALAN-JALAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor terpaksa bergantung kepada MARRIS untuk membaiki jalan-jalan raya di Negeri Selangor?

    Kenyataan bahawa Kerajaan Negeri terpaksa bergantung kepada peruntukan MARRIS adalah kenyataan yang tidak tepat. Peruntukan MARRIS adalah merupakan Geran yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan. Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan pembangunan bagi penyelenggaraan jalan raya di Negeri Selangor kepada Jabatan Kerja Raya.

    Selain daripada Geran MARRIS ini, Kerajaan Negeri turut juga menyediakan peruntukan untuk membaiki jalan melalui Geran Selangorku.

Lampiran

Tiada Lampiran.