Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

330) MEMBAIKPULIH STADIUM KUALA SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tidak ada perancangan dari Kerajaan Negeri untuk membaik pulih Stadium Kuala Selangor demi pembangunan bola sepak, sukan balapan dan padang (olahraga)?

    Program penyelenggaraan infrastruktur Stadium telah diperuntukkan dalam belanjawan MDKS bagi Tahun 2015 berjumlah RM150 ribu untuk membaikpulih sistem saliran yang rosak akibat mendapan.

    Namun tidak mencukupi untuk membaikpulih kemudahan seperti padang bola sepak & balapan / olahraga MDKS akan mohon peruntukan khas kepada pihak Kerajaan Negeri untuk membaikpulih kemudahan stadium yang lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.