Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

130) MEMBANGUN AHLI FIKIR SELANGOR BERFALSAFAH TINGGI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan dalam melahirkan ahli fikir Selangor berfalsafah tinggi?

    Pada dasarnya Kerajaan Negeri Selangor tiada program khusus bagi tujuan tersebut. Namun begitu di dalam hal ini, Kerajaan Negeri juga sedar bahawa persoalan falsafah sering larut dalam kepentingan-kepentingan bersifat semasa, walaupun pada hakikatnya ia ada. Oleh itu dalam aspek pendedahan langsung terhadap falsafah, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong dan berusaha memberikan bantuan dengan menyediakan program-program seminar dan bengkel yang membincangkan ilmu falsafah dengan masyarakat awam agar ia dapat terus diperkembangkan. Di antara program yang telah dianjurkan adalah:

    I.Seminar Falsafah Malaysia ke 3, 8 – 9 Ogos 2015

     Matlamat seminar ini, adalah untuk menyuburkan perbahasan falsafah di kalangan intelektual muda, dengan barisan penulis dan pembentang juga terdiri di kalangan siswa dan siswazah serta lepasan warga universiti, yang menekuni penyelidikan falsafah.

    II.Bengkel  Penyelidikan  Kemasyarakatan Siswazah Selangor,18 – 20 September 2015

    Ia merupakan bengkel latihan asas dalam projek penyelidikan d an penulisan yang bermatlamat untuk memahami falsafah pembangunan masyarakat Selangor, yang kemudiannya boleh dimanfaatkan untuk

    membangun strategi menggerakkan masyarakat Selangor agar mampu bersaing dalam masyarakat global.

    III. Seminar Falsafah Sains Tabii, 13 – 14 Ogos 2016

    Seminar ini bertujuan membentuk dinamika pembelajaran dan pengajaran falsafah sains tabii dengan menanamkan pemikiran kepenggunaan di dalam mata pelajaran sains tabii.

Lampiran

Tiada Lampiran.