MEMBENDUNG PERMASALAHAN GOLONGAN BELIA

58) MEMBENDUNG PERMASALAHAN GOLONGAN BELIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Golongan belia yang tidak dapat meneruskan alam persekolahan banyak terlibat dengan masalah juvenil / sosial masyarakat. Apakah langkah strategik dan pendekatan holistik yang diambil untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat selain usaha kaunseling kepada individu serta ibu bapa terlibat yang dilakukan oleh pihak berwajib, jabatan agama atau NGO yang terlibat?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius dalam usaha menangani penglibatan belia dalam masalah juvenil. Memandangkan kebanyakan mereka yang terlibat adalah terdiri daripada golongan yang tidak dapat meneruskan alam persekolahan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pembangunan Belia yang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor dan juga Program Kemahiran Teknikal di INSPENS.

     

    Selain daripada itu, dengan penubuhan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat Zon juga dapat membantu Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti belia-belia yang keciciran di kawasan zon tersebut. Dengan bantuan ini, ia dapat memudahkan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan belia ini seterusnya dapat membangunkan belia tersebut.

     

    Dengan tertubuhnya PeBT, program-program belia di peringkat akar umbi akan disusun dan dilaksanakan oleh PeBT peringkat Zon. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program ‘ Youth In Community’ bagi menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan. Di samping itu, kerajaan negeri telah mengadakan beberapa program bersama pelajar IPT dan belia di kampung bagi membendung  penglibatan belia dalam gejala sosial.

Lampiran

Tiada Lampiran.