Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

133) MEMBINA PARKIR BERTINGKAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina parkir bertingkat di sekitar Stadium Majlis Perbandaran Selayang lantaran masalah kekurangan tempat meletakkan kenderaan di kawasan tersebut?

    Bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pihak majlis melalui lantikan perunding perlu menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti tapak cadangan yang bersesuaian serta penyediaan kos reka bentuk dan kos pembinaan kemudahan parkir bertingkat tersebut. Oleh yang demikian, pihak majlis akan mengemukakan permohonan cadangan kerja bagi mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor terlebih dahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.