Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

130) MEMERANGI GEJALA IKLAN HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang lebih tegas yang akan diambil oleh kerajaan bagi memerangi gejala iklan haram seperti iklan ÔAh LongÕ?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil tindakan menurunkan dan menanggalkan iklan-iklan haram serta turut mengemukakan nombor-nombor telefon yang ada pada iklan haram tersebut kepada pihak SKMM namun didapati tindakan tersebut masih belum dapat membendung iklan ‘Ah Long’ ini.

     

    Tindakan lebih tegas seperti penamatan lesen tidak dapat dilaksanakan kerana kawalan ke atas pemberian lesen kepada peminjam wang adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri iaitu ianya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan diuruskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

     

    Rang Undang-undang baru sedang digubal untuk mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkaitan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.