Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

140) MEMERLUKAN BALAI BOMBA DAN MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR AWAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat rancangan untuk menaiktaraf infrastruktur awam seperti balai polis, pusat kesihatan, bangunan-bangunan agensi dan sekolah yang berada dalam keadaan uzur dan daif di Dengkil?

    Untuk makluman Y.B. Dengkil, urusan menaiktaraf atau menambahbaik infrastruktur awam seperti balai polis, pusat kesihatan, bangunan-bangunan agensi Persekutuan dan sekolah adalah di bawah bidang kuasa dan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Sehubungan itu, bagi keperluan balai bomba atau menaiktaraf infrastruktur awam ini, Y.B. Dengkil bolehlah merujuk kepada Jabatan/Agensi/Kementerian peringkat Persekutuan yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.