Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

122) MEMORANDUM 2012 OKU BANGKIT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status OKU Bangkit dalam konteks Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri telah menerima Memorandum OKU Bangkit 2012 daripada Sekretariat Prihatin OKU Selangor pada 22 November 2014 yang lalu di Bangunan SUK Negeri Kerajaan Negeri menyedari akan keperluan, keupayaan dan sumbangan oleh Orang Kurang Upaya (OKU) kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengalu – alukan penglibatan dan sumbangan dari agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu yang boleh turut serta bersama-sama dalam pembentukan dasar–dasar dan program–program Kerajaan Negeri yang berkaitan. Dan satu pertemuan dengan pihak Sekretariat Prihatin OKU Selangor akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi memperhalusi Resolusi Sayang OKU Selangor 2014 yang terkandung dalam memorandum tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.