Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

153) MEMPERKASAKAN MASJID-MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian Kerajaan Negeri dalam memperkasakan lagi masjid-masjid yang sedia ada.

    Masjid-masjid di Negeri Selangor telah mempunyai jawatankuasa yang baru bermula  pada 1 Jun 2009. Beberapa program yang telah dan sedang dilaksanakan bagi  menjadikan masjid sebagai wahana transformasi ummah iaitu:

     

    • Melaksanakan KPI Pegawai Masjid yang bertujuan untuk memastikan masjid-masjid mencapai satu standard yang terbaik sebagai institusi unggul umat Islam.
    • Melaksanakan kursus-kursus peningkatan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid yang bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran dalam pengurusan masjid. Kursus-kursus tersebut dilaksanakan oleh ILDAS dan SPIES.
    • Penubuhan Akademi Imam yang bertujuan untuk memberi latihan kepada imamimam supaya mencapai tahap bacaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tugas imam sebagai pegawai syarie sesebuah kariah.
    • Mengadakan Pertandingan Masjid Terbaik yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada masjid yang mempunyai kriteria terbaik dalam pengurusan kewangan, pentadbiran, pengimarahan kebersihan dan keceriaan.
    • Pemberian perlindungan Takaful Komprehensif kepada pegawai masjid yang bertujuan untuk memberi galakan kerana penglibatan mereka dalam penguatkuasaan undang-undang syariah di kariah.
    • Penubuhan Koperasi Masjid yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi masjid dan ahli kariah dengan melibatkan perniagaan dan jualan produk Islam.

Lampiran

Tiada Lampiran.