Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

88) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH ALIRAN AGAMA ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi terkini perancangan Jabatan Agama Islam dalam memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama sama ada rendah atau menengah di negeri Selangor.

    Sehingga maklumbalas ini disediakan kerajaan negeri Selangor melalui JAIS
    telahpun mempunyai 12 buah Prasekolah yang boleh menampung seramai 1396
    orang mourid dan 159 orang guru, 203 buah sekolah Rendah Agama ( SRA)
    yang menampung 120,622 orang murid dan 4542 guru, 11 buah sekolah Rendah
    Agama Integrasi yang boleh menampung 7010 murid dan 596 orang guru, 23
    buah sekolah Agama Menengah ( SAM ) dengan jumlah pelajar 16,127 orang
    dan guru 1135 orang serta 2 buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi
    dengan palajar seramai 404 orang dan guru 51 orang.
    Disamping itu kerajaan Selangor bersam a Lembaga Zakat Selangor juga terus
    memberi bantuan kepada Kelas-kelas Al –Quran dan Fardhu Ain ( KAFA) yang
    berjumlah 291 buah sekolah yang boleh menampung murid seramai 87,307
    orang dan guru 3548 orang serta sekolah-sekolah Persendirian dan Tahfiz yang
    mencecah angka 125 buah dengan pelajar seramai 6,253 murid dengan 653
    orang guru

    Perancangan menstruktur semula sekolah berkenaan dengan menambah
    perjawatan guru.
    Penstrukturan ini akan melibatkan sekolah berikut :
    – Pra sekolah
    – Sekolah Rendah Agama
    – Sekolah Rendah Agama Integrasi
    – Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor
    – Sekolah Agama menengah
    Mengkaji dan menyemak kurikulum Pendidikan Islam mengikut perkembangan
    semasa dan membina buku teks untuk dilaksanakan 2012

Lampiran

Tiada Lampiran.