Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

155) MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang akan dan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan Undang-Undang Islam?

    Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang MAIS adalah agensi yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti penggubalan, pindaan dan semakan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di dalam Negeri Selangor.

    Semakan dan penggubalan undang-undang ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada bagi diselaraskan dengan keadaan semasa dan keperluan umat Islam.

    Kerajaan Negeri bertanggungjawab membincangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang berkaitan hal ehwal agama Islam yang telah diperkenankan oleh DYMM Sultan dalam Dewan Negeri Selangor.

    Sehingga kini, Rang Undang-Undang untuk enakmen-enakmen berikut telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor untuk diwartakan:

    • Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan) 2015 diwartakan pada 22 Mei 2015 dan 19 Oktober 2015;
    • Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 diwartakan pada 19 Oktober 2015; dan
    • Enakmen Wasiat (Negeri Selangor) 1999 (Pindaan) 2016 diwartakan pada 13 Januari 2017.

    Pihak MAIS juga telah membuat ketetapan supaya enakmen berikut disemak dan dipinda:

    • Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor);
    • Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor); dan
    • Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Selangor).

    Usaha untuk memperkasa agama Islam melalui penambahbaikan enakmen- enakmen sedia ada akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh MAIS dengan perkenan DYMM Sultan Selangor dengan kerjasama Kamar Penasihat Undang- Undang Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.