Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

180) TINDAKAN TERHADAP PENCEMARAN SUMBER AIR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status siasatan dan tindakan terhadap kes-kes pencemaran di sumber air mentah negeri yang telah mengakibatkan gangguan bekalan air yang kerap sepanjang tahun ini?

    Status adalah seperti berikut:

    Bil Nama Premis Tarikh kejadian Jenis Pencemaran Tindakan yang dikenakan Status Kes
    1. Devaraj a/l Shanmugam

     

     

     

     

     

    Maduraiveran Pillai a/l Nageswara

    19 Mac 2019 Membuang bahan buangan yang mengandungi minyakke dalam kolam takungan banjir di Taman Eng Ann Pendakwaan sedang dijalankan di Mahkamah Sesyen di Klang. OKS 1 masih dalam prosiding perbicaraan.

     

     

     

     

    OKS 2 telah mengaku salah dan dihukum denda RM 25,000.00.

    2. Syarikat Ngo Chew Hong 26 Jun 2019 Menyebabkan pelepasan atau kemasukan efluen kilang sehingga menyebabkan pencemaran bau di Sungai Semenyih. Surat Arahan diberikan kepada premis untuk menghentikan operasi kilang dan menjalankan langkah-langkah mitigasi pengawalan pencemaran. Pihak premis telah mematuhi surat arahan yang diberikan.
    3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 21 Julai 2019 Gagal mematuhi syarat Kebenaran Bertulis sehingga menyebabkan kemasukan atau pelepasan minyak ke dalam Sungai Selangor. Kertas siasatan telah dibuka. Kertas siasatan telah dipanjangkan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.

     

    Maklumat Tambahan:

     

    1. Pada 26 Jun 2019, Syarikat yang terlibat ialah Ngo Chew Hong yang menghasilkan pengeluaran minyak masak. Premis ini telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan selama 2 minggu dan diteruskan penyitaan oleh MPKj selama 39 hari. Jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak syarikat kesan penyitaan ialah lebih kurang 120 juta. Walau bagaimanapun tindakan mahkamah tidak diambil kerana bau sawit bukan merupakan bahan toksik dan tidak disenaraikan dalam had yang perlu dipatuhi. Dalam tempoh penahanan pihak syarikat telah berusaha untuk memperbaiki segala kerosakan dan meningkatkan keupayaan logi rawatan air buangan premis mereka dan sekarang telah mematuhi sepenuhnya keperluan piawaian JAS.

     

    1. Pada 28 September 2019, pencemaran bau solvent disebabkan orang yang tidak bertanggungjawab membuang solvent dalam saluran paip pembentongan melalui manhole IWK di kawasan perumahan seksyen 7 Bandar Bukit Mahkota Bangi Selangor. Suspek tidak dapat dikesan dan masih diteruskan pengesanan. Walaubagaimanapun pihak IWK telah diarahkan untuk menyekat aliran pembentungan di seksyen 7 kerana masih tiada perumahan dibangunkan lagi di kawasan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.