Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

180) MEMPERKENALKAN BANK DATA PEMOHON IPR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan bank data bagi pemohon IPR melalui satu sistem digital atau portal bagi memudahkan perekodan permohonan dan pengurusan Kerajaan Negeri ?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui syarikat Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) secara proaktifnya telah melantik syarikat Smart Tech Tank Sdn Bhd pada 01 Mac 2019 untuk pembangunan bank data bagi projek Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) untuk perekodan permohonan dan pengurusan IPR Kerajaan Negeri Selangor yang merangkumi enam (6) kluster iaitu kluster kebajikan, kekeluargaan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan perniagaan, dan perumahan yang melibatkan empat puluh tiga (43) skim IPR.

     

    Sistem Smart IPR ini juga merupakan portal gerbang digital IPR bagi memudahkan urusan pemohon IPR memohon secara atas talian dan akan dibangunkan secara berfasa yang merangkumi pembangunan portal digital IPR, back office, mobile app, pangkalan data, API bagi pengintegrasian sistem dan latihan kepada pentabir dan pengguna sistem.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.