Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

52) MEMPROMOSI HUTAN REKREASI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan hutan-hutan rekreasi yang terdapat di sekitar DUN Taman Templer?

    Kerajaan Negeri adalah sangat komited untuk  melaksanakan  sebarang  usaha untuk mempromosikan hutan rekreasi di Negeri Selangor dan khususnya di DUN Templer secara langsung dan berpanjangan kepada masyarakat setempat mahupun pelancong luar negara. Sebahagian daripada usaha yang telah pun dijalankan setakat ini termasuklah mengadakan kempen penjagaan alam semula jadi serta semangat cintakan alam sekitar yang bersih dan berkekalan. Sebagai contoh, pada 19hb Julai 2018 yang lalu Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan sokongan pihak swasta telah menganjurkan suatu acara yang dikenali sebagai Kempen ‘Clean & Green’ iaitu suatu acara awam yang berkonsepkan ‘Volunteer Tourism’. Acara ini telah mendapat sambutan yang sangat baik serta mendapat liputan dari pelbagai agensi penyiaran tempatan.

    Adalah difahamkan bahawa aktiviti sedemikian akan diteruskan di masa hadapan dengan penganjuran di skala yang lebih besar demi mengwujudkan suatu kesedaran tentang penjagaan alam sekitar termasuk hutan rekreasi yang lebih bertenaga dan mendatangkan kesan positif yang mendalam di kalangan orang awam.

    Di samping itu, Tourism Selangor juga turut menganjurkan pelbagai acara pertandingan kemahiran seperti Selangor Photo Hunt 2018 di beberapa kawasan tarikan utama pelancongan di Negeri Selangor. Taman Eko Rimba Kanching juga telah turut dipilih untuk menjadi salah satu lokasi berlangsungnya acara tersebut.

    Tujuan inisiatif ini diadakan adalah untuk menarik minat pada peserta, penyokong dan penonton supaya datang ke kawasan hutan rekreasi ini berkongsi tentang kecantikan dan keunikan kawasan hutan rekreasi apabila mereka pulang kelak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.