Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

76) MEMULIHKAN SISTEM PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Ahli Jawatankuasa untuk memulihkan sistem pilihanraya kerajaan tempatan dan ketua kampung telah ditubuhkan?

    Merujuk kapada Seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), secara jelas
    dinyatakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan tidak dibenarkan. Jika ada cadangan
    untuk memulihkan sistem ini semula, perkara ini perlu dibawa ke Parlimen untuk
    pindaan kapada Seksyen 15 (1) Akta 171. Menyentuh mengenai pilihan raya ketua
    kampung, seperti yang dicadangkan oleh YB Teratai, Manual Panduan Kerja JKKK
    Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh UPEN pada tahun 2001 menyatakan mekanisme
    pelantikan Ketua Kampung yang diguna pakai adalah tidak melalui pilihan raya. Kuasa
    melantik Ketua Kampung adalah di bawah bidang kuasa YAB Dato’ Menteri Besar
    dengan syor yang dibuat oleh Pegawai Daerah yang berkenaan. Walau bagaimanapun,
    Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat penambahbaikan kepada Mekanisme ini di
    mana pemilihan Ketua Kampung di buat oleh Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh
    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Luar Bandar sebelum diangkat kepada YAB Dato’
    Menteri Besar untuk persetujuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.