Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

161) MENAIK TARAF JALAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan Selayang ke Rawang dari 2 lorong ke 3 lorong dan menerangi jalan tersebut?

    Untuk makluman YB, Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan iaitu Jalan Rawang FT 001. Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor telah menyemak kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan pada waktu puncak dan telah menyediakan Kertas Cadangan serta Anggaran Kos Projek dan telah diangkat ke Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi tujuan pelaksanaan.

    Antara kawasan yang telah dikenalpasti untuk dinaiktaraf adalah di Taman Amansiara dangan skop kerja membina 1 lorong mendaki sepanjang 900 m dari Jalan Kuala Lumpur Tanjung Malim FT001 ke susur keluar Taman Amansiara dengan kos berjumlah RM 10.8 juta.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.