Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

140) MENAIK TARAF PAIP AIR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menaik taraf paip air yang selalu pecah di jalan utama Selayang Baru?

    Air Selangor telah mengenalpasti 84 lokasi Hotspots bagi pelaksanaan program penggantian paip dibawah program tahun 2016 sehingga 2019 melibatkan paip sepanjang 425.7 km dengan kos sebanyak RM374.3 juta. Program penggantian paip ini adalah dilaksanakan mengikut keutamaan iaitu berdasarkan kedudukan [“ranking”] kekerapan paip pecah.

    Selayang Baru berada pada ranking 43 dan telah disenaraikan didalam lokasi Program Penggantian Paip 2018 berdasarkan kedudukannya di dalam  ”ranking” Air Selangor. Kekerapan paip pecah bagi Selayang Baru adalah 67 kali pecah bagi tempoh dari Januari 2014 sehingga Disember 2017.

    Penggantian paip-paip air di Selayang Baru adalah melibatkan beberapa jalan yang telah dikenalpasti kritikal, termasuklah Jalan Besar Selayang Baru.  Jumlah panjang paip yang akan diganti adalah sepanjang 9,640 meter dengan kos sebanyak RM6.6 juta. Kontraktor bagi kerja-kerja penggantian paip-paip lama bagi kawasan ini telahpun dilantik melalui proses tender terbuka. Kerja- kerja tapak dijangka bermula pada bulan Oktober 2018 dan akan siap pada Julai 2019.

    Taklimat berkaitan program kerja penggantian paip lama di Selayang Baru telahpun diberikan kepada penduduk dan wakil-wakil penduduk yang terlibat pada 14 Ogos 2018, yang mana ianya turut dihadiri oleh Y.B. ADUN Taman Templer.

Lampiran

Tiada Lampiran.