Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

205) MENAIK TARAF PASAR WARISAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menaik taraf Pasar Warisan Selayang bagi meningkatkan keselesaan kepada peniaga dan penjaja rata-rata terdiri daripada warga emas?

    Majlis tiada perancangan untuk menaiktaraf pasar pagi sedia ada di Selayang Baru tetapi Kerajaan Negeri melalui projek penswastaaan telah membina dan menyiapkan Pasar Moden di tapak berhampiran. Proses penyerahan kepada Majlis masih lagi diuruskan oleh UPEN.

Lampiran

Tiada Lampiran.