Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

166) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menaik taraf sistem perparitan di Selangor bagi menangani isu banjir?

    Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran adalah dengan meluluskan siling peruntukan pembangunan negeri pada RMK-11 sebanyak RM527 juta. Siling yang diluluskan bagi menaiktaraf sistem perparitan adalah sebanyak RM367 juta melalui 2 butiran khusus iaitu pembangunan projek tebatan banjir dan menaiktaraf saliran. Kerajaan Negeri telah meluluskan siling peruntukan sebanyak 69.64% dari keseluruhan siling peruntukan RMK-11 bagi menaiktaraf sistem perparitan dan sungai bagi menangani isu banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.