Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

59) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah di dalam perancangan Kerajaan untuk menaik taraf sistem perparitan dan saliran terutama di kawasan kampung yang sudah tidak mampu menampung aliran air akibat pembangunan yang melibatkan pembukaan tanah kebun dan ladang?

    Untuk makluman, sistem perparitan dan saliran terutama di kawasan kampung adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah dan Tanah melalui seksyen Pembangunan Luar Bandar (PLB). Kerja-kerja menaiktaraf adalah mengikut keperluan dari masa ke semasa. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor akan menaiktaraf parit monsun dan sungai-sungai yang tidak boleh menampung kapasiti air yang banyak terutama di kawasan yang sedang pesat membangun.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    Untuk makluman, selepas kelulusan Kebenaran Merancang dikeluarkan pihak pemaju perlu membuat penyerahan dan pemberimilikan semula tanah kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk serahan rezab parit/ sungai/ jalan. Keluasan serahan rezab bergantung kepada kedudukan geografi kawasan berkenaan. Sekiranya berada di hilir sungai maka, serahan rezab semakin lebar bebranding dengan kawasan hulu sungai. Lebar serahan adalah sekitar 15 kaki sehingga 40 kaki.

Lampiran

Tiada Lampiran.