Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

38) MENAIKTARAF JALAN NEGERI B131

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dewan pernah diberitahu bahawa pembesaran jalan ini akan dimasukkan di bawah RMK11. Apakah projek menaiktaraf simpang B131 dan FT54 telah dimasukkan di bawah RMK-11 dan bilakah akan bermula?

    Projek menaiktaraf persimpangan B131 dan FT54 telah dimasukkan di bawah RMKe-11 namun peruntukan yang di luluskan hanya mencukupi untuk kerja-kerja awalan sahaja. (contoh: kerja ukur)

Lampiran

Tiada Lampiran.