Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

93) MENAIKTARAF JALAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menaik taraf Jalan Kampung Lombong, Saujana Putra berkeadaan rosak serius kerana ia berkepentingan memberikan kemudahan pandu lalu dari Saujana Putra ke Taman Mas, Taman Putra Prima dan kawasan perumahan sekitarnya dan sebaliknya?

    Kerajaan memang bercadang untuk menaiktaraf Jalan Kg. Lombong dari Jalan

    Kebun di Daerah Klang hingga ke Jalan Saujana Putra. Untuk fasa 1, jalan dari

    Jalan Kebun ke persimpangan Jalan Lombong Perak 3 akan ditender pada Ogos 2013 dan seterusnya fasa 2 hingga Saujana Putra akan dilaksanakan didalam RMK 11. Disamping itu, jalan alternatif yang menghubungkan Kota Kemuning melalui Jalan Kg. Lombong hingga Saujana Putra sedang dinaiktaraf oleh pihak swasta iaitu Tetuan Rimbayu Sdn Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.