Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

136) MENAIKTARAF KELAB GOLF BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri khususnya MBI ada bercadang untuk menaiktaraf kemudahan yang sedia ada di kelab golf tersebut supaya dapat menarik pengunjung tempatan untuk tujuan beriadah sebagai salah satu tarikan pelancongan domestik di kawasan DUN Batang Kali?

    Sejak tahun 2016, Bukit Beruntung Golf  &  Country  Club  (BBGC)  telah dikendalikan oleh pihak pengurusan baru yang dipertanggungjawabkan untuk menaiktaraf kelab dan membaikpulih aset BBGC mengikut perancangan dan bajet yang dipersetujui.

     

    Antara kerja-kerja menaiktaraf dan pembaikan yang telah dan akan dilakukan adalah membaiki dan mengecat club house, pembaikan kolam renang, pembersihan lapangan golf (east course), pembelian mesin padang dan lapang sasar golf serta pembersihan bilik tetamu dan surau untuk keselesaan para pengunjung ke BBGC.

Lampiran

Tiada Lampiran.