Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

129) MENAIKTARAF KEMUDAHAN ASAS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di Masjid, termasuk menurap kawasan lapang di dalam Masjid mengikut susunan tahun 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib?

    Agihan peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di Masjid bagi Daerah Kuala Langat (termasuk DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib) dari tahun 2008 sehingga 2013 adalah seperti berikut;

    TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN

    DISALURKAN

    (RM)

    2008 130,000.00
    2009 350,000.00
    2010 2,012,326.11
    2011 872,367.47
    2012 825,072.34
    APRIL 2013 325,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 4,514,765.92

Lampiran

Tiada Lampiran.