Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

90) MENAIKTARAF PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi tujuan naik taraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran? i) Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina sebuah Wisma MDKL yang baru dan dilengkapi dengan teknologi moden untuk semua Warga MDKL memandangkan Bangunan yang sedia ada berkeadaan padat? ii) Jika Ya, sila berikan lokasi dan nyatakan kos pembinaan; iii) Jika Tidak, mengapa?

    Kerajaan Negeri tiada rancangan lagi untuk menaik taraf Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebagai sebuah Majlis Perbandaran. Penaiktarafan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan perlu penelitian terperinci dan memenuhi kriteria yang telah diluluskan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) (rujuk LAMPIRAN 1).

    Kerajaan Negeri berpandangan tanggungjawab membina Wisma MDKL yang baru dan dilengkapi dengan teknologi moden adalah tanggungjawab MDKL dan tertakluk kepada kemampuan kewangan PBT dan keperluan semasa. Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan peruntukan berdasarkan prosedur sedia ada sekiranya MDKL membuat permohonan.

    Lampiran 1

     

    Matriks Perbandingan Kriteria Utama:

     

    Kriteria Majlis Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah
     

     

    Keterangan

    ·            kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri. ·            bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah.  

    ·            kawasan selain bandar utama.

     

    Penduduk

    ·            melebihi 500,000 orang. ·            melebihi 150,000 orang. ·            kurang 150,000 orang.
     

     

     

     

    Pendapatan

    ·            sumber kewangan yang mapan (fiscally sustainable).

    ·            hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta.

    ·            mampu mengimbangkan perbelanjaan.

    ·            sumber kewangan yang mapan (sustainable).

    ·            hasil tahunan tidak kurang dari RM20 juta.

    ·            menyediakan perkhidmatan yang selesa.

     

     

     

    ·            hasil tahunan kurang daripada RM20 juta.

     

     

     

    Perkhidmatan

     

     

    ·            menyediakan perkhidmatan pada tahap yang tinggi.

    ·            menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga.

    ·            menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial.

     

    ·            lebih tertumpu kepada kemudahan infrastruktur dan utiliti awam.

     

     

     

     

     

    Pembangunan

    ·            menekankan kepada pembangunan mapan (sustainable development).

    ·            memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani isu-isu perbandaran seperti setinggan, operasi kilang haram, keselamatan, perumahan untuk

    ·            perancangan bandar yang mapan (sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk didiami.

    ·            Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator

     

     

     

     

     

     

    1

     

    Kriteria Majlis Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah
      golongan berpendapatan rendah dan pemeliharaan alam sekitar.

    ·            Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet).

    Network

    (MURNInet).

     
     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Kemudahan Lain

    ·            mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan.

    ·            pusat institusi pendidikan yang lengkap.

    ·            pusat kepada aktiviti kebudayaan, acara sukan dan riadah.

    ·            kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam termasuklah taman- taman awam yang mesra pengguna terutamanya kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

    ·            pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

     

     

     

     

     

     

    ·            menggalakkan penduduk setempat untuk membangunkan komuniti masing- masing melalui tadbir urus bandar yang cekap seperti pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA 21).

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Nota:

    Kriteria baru ini telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT)

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.