Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

68) MENAIKTARAF PUSAT PELANCONGAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek menaiktaraf pusat pelancongan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014?

    Senarai projek menaik taraf pusat pelancongan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah seperti berikut:

    BIL. AGENSI PELAKSANA PROJEK PERUNTUKAN (RM)
    1. Pejabat Daerah/Tanah

    Sepang

    Mewujudkan kemudahan pantai awam di Pantai Bagan Lalang 82,000.00
    2. Majlis Perbandaran Subang Jaya Menaik taraf perkampungan Orang Asli Sungai Rasau, Puchong 8,000.00
    3. Majlis Perbandaran Selayang Menaik taraf kemudahan pelancongan di Tasik Biru Kundang Fasa 2, Kuang 135,887.00
    4. Majlis Daerah Kuala Langat Menaik taraf Kemudahan Infrastruktur Awam di Pantai Morib, Banting 93,860.00
    5. Majlis Daerah Kuala Selangor Pembelian sebuah tram di Bukit Malawati 188,950.00
    6. Menaik taraf kemudahan pelancongan di Pusat Pelancongan Kelip-kelip, Kampung Kuantan 89,000.00
    7. Pembaikan akuarium ikan dan bangunan di Pusat Pelancongan Akuarium Ikan Air Tawar, Taman Alam 19,880.00

     

    8.   Menaik taraf kemudahan pelancongan di Pusat Pelancongan Kelip-kelip, Kampung Kuantan (Pontoon) 254,950.00
    9. Majlis Daerah Sabak Bernam Menaik taraf gazebo dan menaik taraf jalan di Pantai Sungai Haji Dorani 47,616.05
    10. Membina lampu awam dan lampu solar di kawasan Pantai Redang, Sekinchan 149,029.22
     

     

    JUMLAH KESELURUHAN

     

     

    1,069,172.27

Lampiran

Tiada Lampiran.