Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

27) MENAIKTARAF PUSAT PELANCONGAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek menaiktaraf pusat pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019?

    Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan menaiktaraf produk-produk pelancongan negeri. Sehingga 30 Oktober 2019, Kerajaan Negeri telah dan sedang melaksanakan projek-projek menaik taraf produk pelancongan dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.393 juta seperti berikut:

     

    BIL PROJEK LOKASI AGENSI PELAKSANA PERUNTUKAN (RM)
    1 Menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat Bukit Fraser Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor 1,300,000.00
    2 Menaik taraf Paparan Digital Display Board di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang Tourism Selangor Sdn Bhd 30,000.00
    3 Kerja-kerja Menaiktaraf Kolam Air Panas Di Jalan Kachau Kg Pasir Baru Mukim Semenyih Semenyih Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat 63,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 1,393,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.