Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

17) MENANGANI GEJALA SOSIAL DAN PEMBENTUKAN MODAL INSAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah dasar baru kerajaan negeri terhadap perkembangan perniagaan rumah urut, kewujudan kilang arak dan premis menjual arak serta pusat-pusat hiburan yang terdapat di Negeri Selangor yang sering dikaitkan dengan unsur-unsur negatif dan antara sumber utama gejala kurang sihat selama ini ?

    Pada masa kini, kerajaan negeri masih meneruskan dasar-dasar yang diguna
    pakai oleh kerajaan sebelum ini berhubung perkembangan perniagaan rumah urut, kewujudan kilang arak dan premis menjual arak serta pusat-pusat hiburan yang terdapat di negeri Selangor. Pengeluaran lesen Iesen rumah urut dan pusat hiburan oleh PBT adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 dan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan penjagaan Kesihatan 2007. PBT dari masa ke semasa akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana premis yang melanggar undang-undang.

    Pengeluaran lesen penjualan minuman keras pula adalah dikawal dan
    dikeluarkan oleh Pejabat Daerah mengikut peraturan yang diperuntukkan di
    bawah Seksyen 32(1)(a) Duti Eksais 1976 Akta Kastam. Peraturan ini
    menetapkan jenis-jenis lesen yang boleh dikeluarkan oleh Pejabat Daerah di
    Selangor serta waktu perniagaan yang dibenarkan mengikut jenis-jenis lesen. Pemilik lesen-Iesenminuman keras juga dikenakan beberapa syarat seperti tidak boleh menjual liquor yang memabukkan di luar waktu perniagaan, tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang di bawah umur 18 tahun dan tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam.

    Kerajaan negeri juga masih mengguna pakai surat pekeliling Pejabat SUK
    berhubung dasar dan garis panduan pemberian lesen hiburan dan tempat-tempat hiburan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan negeri
    Selangor yang dikeluarkan pada tahun 2001. Garis panduan ini menetapkan
    asas dan kriteria bagi pemberian lesen hiburan oleh PBT di negeri Selangor.
    Selain itu, garis panduan ini turut menetapkanjenis aktiviti hiburan dan kawasan-kawasan premis hiburan yang dibenarkan mengikutjenis aktiviti hiburan.

Lampiran

Tiada Lampiran.