Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

3) MENANGANI ISU BANJIR DI KAJANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah cadangan untuk menaiktaraf sungai di sekitar Kajang seperti Sungai Langat, Sungai Merbau, Sungai Balak dan Sungai Jernih yang sering melimpah akibat hujan lebat?

    Cadangan untuk menaiktaraf sungai di sekitar Kajang seperti Sungai Langat, Sungai Balak dan Sungai Jernih yang sering melimpah akibat hujan lebat adalah seperti senarai dibawah;

    Cadangan Kerja Peruntukan Status
    Membina RTB Sungai Balak Caruman Parit RM 5 juta Dijangka diiklan pada Ogos 2016
    Menaiktaraf Sungai Langat Persekutuan

    RM 1,667,400.00

    2 sebutharga dalam perlaksanaan 3 sebutharga dalam proses penyediaan.
    Menaiktaraf Sungai Jernih Mengurus Kerja-kerja awalan cuci gali sungai Jernih telah dilaksanakan oleh JPS Daerah Hulu langat pada awal Jan – Feb 2016.

    Kejadian Banjir baru-baru ini disebabkan paras air Sg. Langat yang tinggi serta Projek Pembinaan Depo – MRT Kajang masih dalam perlaksanaan.

    Struktur tapak pembinaan Depo

    Kajang tinggi dari paras Sg Jernih

     

Lampiran

Tiada Lampiran.