Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

25) MENANGANI ISU PERKAUMAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak kebelakangan ini , terdapat banyak isu-isu yang mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat . Kita juga telah menyaksikan beberapa saat genting pada tahun 2009 apabila terdapat beberapa pihak yang ingin mengapi-apikan emosi dan perasaan benci di kalangan kaum. Apakah tindakan proaktif Kerajaan Negeri untuk menangani isuÐisu sedemikian ?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap isu-isu sebegini. Dari itu, cara penyelesaian
    diambil dengan memastikan jurang perbezaan ekonomi dapat dikurangkan dengan
    hasil kekayaan negeri dirasakan bersama. Kerajaan Negeri pada awal pemerintahan
    telah melaksanakan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang
    seperti berikut:-
    Jumlah Penerima Faedah Program MES sehingga Tahun 2010

    BIL. PROGRAM JUMLAH PENERIMA
    FAEDAH
    1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 13,424 orang
    2. Hadiah Anak Masuk Universiti 11,802 orang
    3. Skim Mesra Usia Emas 11,683 orang
    4. Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu 3,436,702 orang
    5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang 5,287 orang
    Jumlah Perbelanjaan Program MES Sehingga Tahun 2010
    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga menekankan aspek keagamaan dengan
    mewujudkan Jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam supaya semua kaum
    mengikut perlembagaan dapat melaksanakan keagamaan masing-masing tanpa
    gangguan. Kerajaan Negeri telah memberi sumbangan kepada sekolah vernakular
    hingga 15 Jun 2010 dengan jumlah seperti berikut:-
     Sekolah Jenis Kebangsaan Cina – RM 6 juta
     Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – RM 1.2 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.