Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

178) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup?

    Tidak dinafikan, suasana kehidupan pada masa ini begitu menekan. Rakyat pada hari ini terus dibebani kos sara hidup yang tinggi akibat daripada implikasi senario ekonomi global yang tidak menentu.

     

    Untuk itu, sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin dan sentiasa peduli akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah diperkenalkan. Program IPR yang telah menjadi sanubari kepada rakyat Selangor akan terus diperkukuh dan dipelbagai oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Selangor terus maju dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Terdiri daripada empat puluh dua (42) program, semua inisiatif ini merangkumi kluster pendidikan, pekerjaan, perumahan, kekeluargaan, kesihatan dan kebajikan.

     

    Program-program IPR seperti Program HIJRAH, Dana Usahawan Mikro, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan serta pelbagai lagi diyakini dapat terus berdiri menjadi paksi dalam mengimbangi pertumbuhan sosial dan ekonomi negeri. Melalui program-program tersebut, ianya dijangka berupaya melonjakkan dan meningkatkan pendapatan golongan miskin yang akhirnya dapat mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan. Semua agenda dan rancangan Kerajaan Negeri ini telah memperlihatkan keberkesanan yang amat positif dalam menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.