Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

204) MENANGANI WABAK DEMAM DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebarang perancangan untuk menyenaraihitamkan secara tetap syarikat yang didapati bersalah menyumbang kepada meruncingnya wabak denggi memandangkan 113 tapak binaan di Selangor telah dikesan mempunyai pembiakan nyamuk Aedes di antara Februari dan Jun 2015.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri masih belum ada sebarang perancangan untuk menyenaraihitamkan secara tetap syarikat yang di dapati menjadi penyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes di kawasan seliaan mereka. Walau bagaimanapun, antara hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang dikesan sebagai punca denggi (termasuk individu pemilik premis perniagaan, premis perumahan, tapak bina, tanah kosong yang mempunyai pemilik dan lain-lain) adalah seperti berikut:-

    i) Penalti Am – Seksyen 23, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975,Mana-mana orang     yang melakukan kesalahan di bawah Akta apabila disabitkan :

    • Kesalahan pertama didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun
    • Kesalahan kedua atau seterusnya didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
    • Kesalahan berterusan     boleh    didenda    tidak melebihi 00 sehari

      Di bawah Seksyen 25(1), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta boleh di kompaun tidak melebihi 00.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.