Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

162) MENANGANI WABAK DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dasar dan pelan tindakan Kerajaan Negeri secara terperinci dalam menangani wabak denggi yang semakin meruncing tatkala Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi di Malaysia.

    Dasar Kerajaan Negeri Selangor di dalam menangani kes denggi adalah dengan fokus pada aktiviti pencegahan. Ianya terdiri daripada aktiviti seperti berikut:-

    1. Pemeriksaan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes
    2. Pemusnahan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes iaitu melalui
      1. semburan kabus termal
      2. semburan kabus ULV
      3. membunuh jentik-jentik (larvaciding)
    • Meningkatkan kesedaran awam mengenai pemeriksaan & pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes serta bahaya denggi terhadap kesihatan melalui taklimat di tadika, sekolah, IPT, jabatan kerajaan, industri dan persatuan penduduk
    • Memperkukuhkan ‘maintenance culture’ agar masyarakat sentiasa peka terhadap persekitaran sekeliling agar sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes
    • Meletakkan tanggungjawab ‘accountability’ kepada ketua jabatan / agensi/ CEO berkaitan kebersihan premis dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes
    • Menitiberatkan mengenai kebersihan alam sekeliling
    • Penguatkuasaan yang konsisten

    Bagi memastikan dasar-dasar di atas dapat dilaksanakan dengan baik, Kerajaan Negeri telah menjalankan perkara-perkara seperti berikut:-

    • Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang dipengerusikan oleh YB Exco Kesihatan, YB Puan Dr. Daroyah bt Alwi yang bermesyuarat setiap 2 kali sebulan bagi membincangkan masalah dan langkah kawalan terbaik dalam kawalan denggi.
    • Melancarkan Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Petaling. Program ini memberi fokus kepada pembersihan tempat pembiakan nyamuk aedes, pembersihan kawasan hotspot denggi, pembersihan pangsapuri kos rendah, pembersihan tapak binaan, pembersihan longkang, taman awam dan taman rekreasi.
    • Pembentukkan Task Force Denggi diperingkat PBT yang melibatkan pelbagai Jabatan berkaitan di PBT mengerakkan aktiviti kawalan Denggi yang lebih berkesan. Antara jabatan yang terlibat adalah seperti berikut:-
      1. Jabatan Kesihatan dan Persekitaran
      2. Jabatan Taman & Rekreasi
      3. Jabatan Kejuruteraan
      4. Jabatan COB
      5. Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
      6. Jabatan Bangunan
      7. Jabatan Penguatkuasaan
      8. Lain-lain jabatan
    1. Mengadakan Mesyuarat Kawalan Denggi di Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dihadiri oleh pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu denggi di daerah berkenaan
    • Menyediakan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2015 iaitu Program ‘Terjah & Musnah Aedes’ yang menitikberatkan aktiviti pencegahan di kawasan-kawasan yang berisiko untuk diperiksa. Aktiviti ini merangkumi pemeriksaan di:
    • Kawasan perumahan
    • Tapak binaan
    • Pangsapuri kos rendah
    • Taman awam & taman rekreasi
    • Kawasan kg baru Cina
    • Kawasan kg tradisi
    • Kuarters kerajaan
    • Sekolah
    • Tadika
    • Masjid & surau
    • Rumah ibadat
    • IPT
    • Kawasan komersil
    • Industri

     

    • Meningkatkan penguatkuasaan perundangan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
    • Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya demam denggi dan cara pencegahan dengan mengadakan kempen dan taklimat di sekolah rendah dan menengah khususnya di kawasan wabak serta melalui khutbah Jumaat dan ceramah di masjid dan surau
    • Menggiatkan aktiviti gotong –royong di peringkat masyarakat
    • Menjalankan taklimat denggi kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) atau Jawatankuasa Penduduk (JKP) semasa program gotong royong penduduk.
    • Membuat edaran risalah denggi dan memberi abate semasa program gotong-royong penduduk.
    • Mewujudkan ‘Program/ Projek Khas PBT’ bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi dan cara mengatasinya:-
    PBT Program/ Projek Khas PBT
    MBPJ Search & Destroy Aedes Ranger – SEDAR
    MBSA ADVOKASI dan

    ‘Task Force’ Denggi MBSA

    MPSJ Kajian Nyamuk Toxo
    MPK a)    Program kebersihan bersama ADUN dan Ahli Majlis.

    b)    Program Gerak Gempur Aedes bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

    c)    Program Cikgu Ku Cantik di peringkat sekolah.

    d)    Risalah pelbagai bahasa seperti Bahasa Vietnam,Myanmar, Nepal dan lain-lain

    MPSP a)    Dengue Action Community-DAC.

    b)    Dengue Action Kids-DAK

    c)    Bas Sekolah Tanpa Aedes – BATAS

    MDKS Dengue Buster Team

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.