Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

43) MENARA TELCO

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dan PBT untuk pembinaan Menara Telco?

    Bagi meluluskan sebarang cadangan pembangunan menara telekomunikasi di atas
    tanah perbekalan air Selangor ataupun di mana jua lokasi, Kerajaan Negeri
    menggunakan garis panduan berikut:
    1) Garis Panduan Pembinaan Sistem Struktur Telekomunikasi 2002 yang dikeluarkan
    oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT);
    2) Garis Panduan Pembinaan Struktur Telekomunikasi Negeri Selangor 2008; dan
    3) Garis Panduan Pembinaan Menara dan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi
    di atas Tanah-tanah Perbekalan Air Negeri Selangor (SYABAS) 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.