Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

54) MENARIK BALIK RANCANGAN MENGAMBIL BALIK SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH YANG DISERAHKAN OLEH JAIS KEPADA KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada pertengahan September 2008 pihak JAIS mengumumkan pembatalan untuk mengambil balik sekolah-sekolah agama menengah yang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Tidakkah dibuat kajian sebelum pengumuman mengambil balik dulu diumumkan?

    Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan antara wakil Kerajaan Negeri,
    JAIS dan Kementerian Pelajaran. JAIS berpandangan ianya tidak perlu diperpanjangkan
    sehingga perlu dibuat kajian. Buat masa ini keputusan mengekalkan perjanjian
    persefahaman menjadikan Sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri ini sebagai
    Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang mendapat Bantuan Kerajaan Pusat
    adalah pilihan terbaik.

Lampiran

Tiada Lampiran.