Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

235) MENCEGAH BANJIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tindakan kerajaan negeri mencegah banjir tidak berulang

    Secara khususnya, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa tindakan yang dirangka bagi memastikan kawasan-kawasan yang berisiko banjir tidak mengalami kejadian banjir berulang seperti butiran di bawah :

    • Mengenalpasti keutamaan kawasan banjir yang menjadi ‘hot spot’ yang berulang setiap
    • Memastikan tindakan persediaan awal telah diambil seperti projek tebatan banjir telah siap dilaksanakan sebelum musim tengkujuh berlaku.
    • Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah kelolaan Jawatankuasa Kemajuan Ketua Kampung (JKKK) dilaksanakan mengikut jadual dan garis panduan yang telah
    • Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembesaran parit, pembersihan longkang, pembesaran dan mendalamkan sungai dijalankan secara berkala supaya longkang–longkang tidak tersumbat dan dipenuhi dengan sampah sarap yang boleh mengakibatkan
    • Menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir (tindakan jangkamasa panjang dan jangka pendek) di kawasan yang kerap banjir berulang (Hot Spot).

Lampiran

Tiada Lampiran.