Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

177) MENDAPAN DI BANGUNAN PDT KUALA LANGAT

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri peka terhadap sebahagian besar bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat mendap, di bahagian tangga pintu masuk ke bangunan tersebut?

    Ya, Kerajaan Negeri Selangor maklum dengan masalah mendapan tanah di sekitar Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat. Pada 31 Oktober 2014 (Jumaat), Jawatankuasa PADAT Negeri Selangor telah bermesyuarat dan telah melakukan lawatan tapak mendapan tanah sekitar kompleks Pejabat Daerah dan mengesyorkan supaya peruntukan tambahan yang dipohon oleh PDT Kuala Langat untuk tujuan menyelenggara serta memperbaiki kesan daripada pemendapan tanah di bangunan pentadbiran ini dapat diluluskan. Bagi pelan jangkamasa panjang pula, Jawatankuasa ini menyarankan supaya pihak PDT Kuala Langat bersama-sama dengan JKR dan juga Kerajaan Negeri dapat mencari solusi yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut bagi mengelakkan sebarang tragedi yang tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan hampir keseluruhan tapak bangunan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.