Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

212) MENGATASI MASALAH BANJIR DI KG. HAJI RAZALI DAN KG. SG . SIREH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca utama masalah banjir yang sentiasa berlaku setiap kali hujan lebat di kampung tersebut

    Punca masalah banjir adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan taburan hujan yang tinggi iaitu sangat lebat dan berpanjangan. Merujuk kepada kejadian banjir pada bulan Januari 2017, catatan taburan hujan melebihi 100mm dan hujan berpanjangan melebihi 3 jam menyebabkan kawasan mengalami banjir. Faktor Air Laut Pasang juga menyumbang kepada kejadian banjir sekiranya berlaku pada musim hujan di kawasan kampung yang berada di kawasan tidal effect dimana sistem saliran bergantung kepada pintu air serta operasi pintu air merujuk kepada Jadual Air Laut Pasang Surut.

Lampiran

Tiada Lampiran.