Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

23) MENGATASI SISTEM PENGURUSAN PANGSAPURI YANG MASIH BERMASALAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kajian terperinci telah dibuat tentang masalah pengurusan pangsapuri terutama kos rendah?

    Kerajaan Negeri telah mengenalpasti punca-punca masalah pengurusan pangsapuri terutama kos rendah adalah seperti berikut:

     

    1. Pemilik belum bersedia dan tidak banyak medium pendedahan/pendidikan mengenai pengurusan pangsapuri adalah “tanggungjawab bersama semua pemilik” bukan tanggungjawab

     

    1. Kadar kutipan caj penyenggaraan sangat rendah sekitar 20% sehingga 40% di samping kadar vandalisme dan kadar unit rumah disewakan yang tinggi menyebabkan sumber kewangan sentiasa tidak mencukupi untuk menguruskan pangsapuri kos rendah khususnya lif yang berulang kali rosak.

     

    • Konsep pembangunan pangsapuri yang memberi impak kepada kos perbelanjaan pengurusan yang tinggi seperti berikut:

     

    • Jumlah densiti sehingga melebihi 800 unit bagi konsep pembangunan pangsapuri kos rendah yang ada lif dan tempat letak kereta bertutup (melibatkan penggunaan elektrik) di Pangsapuri Sri Nilam

     

    • Jumlah densiti yang kurang daripada 200 unit bagi konsep pembangunan pangsapuri  kos   rendah   yang   ada   lif   seperti   di Pangsapuri Cengal,

Lampiran

Tiada Lampiran.