MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK SELANGOR
7) MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sebab sejak 2005 pasukan bola sepak Selangor gagal menjadi juara Piala Malaysia?
Sukan bolasepak adalah sukan yang paling berprestij di mana-mana Negara. Di Malaysia, sukan ini juga tidak kurang hebatnya walaupun di peringkat antarabangsa Malaysia bukanlah pasukan ‘favourite’ bagi Negara-negara maju khasnya di peringkat Asia. Manakala di Selangor bolasepak terkenal dengan gelaran Red Giant dan Selangor juga pernah menjadi kuasa besar sukan bolasepak suatu ketika dahulu.
Kerajaan negeri melihat kegagalan pasukan bola sepak Selangor gagal menjadi juara Piala Malaysia dari segi pelbagai aspek termasuk dari segi pengurusan kewangan, pengurusan pasukan, jurulatih, pemilihan pemain dan sebagainya. Ini termasuklah persaingan pasukan lain dalam penambahan dana dan tajaan. Walau bagaimanapun perkara ini kerajaan negeri perlulah melihat semua aspek punca kegagalan pasukan tersebut bukan menuding jari kepada seseorang bagi mencari kesalahan disebabkan kegagalan tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian menyeluruh dari segi aspek perlu dibuat bagi memastikan pasukan bola sepak Selangor standing dengan pasukan bola sepak negeri lain seperti Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT).
