Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

108) MENGEMBANGKAN PERINDUSTRIAN PERTANIAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan tani untuk mengembangkan perindustrian pertanian?

    Kerajaan Negeri amat mengambil perhatian berkenaan dengan program-program pertanian bagi meningkatkan bekalan makanan negeri. Terdapat pelbagai program-program yang telah dan sedang dilaksanakan seperti :-

    1. Program Tanaman Fertigasi;
    2. Program Peningkatan Hasil Padi dan tanaman padi ke arah MyGAP;
    3. Penanaman pokok buah-buahan dan sayuran;
    4. Penternakan ruminan dan bukan ruminan;
    5. Peningkatan hasil nelayan ;
    6. Projek akuakultur dan penternakan ikan sangkar;
    7. Memberikan kesedaran kepada semua pengusaha di sektor pertanian samada dalam bidang tanaman, penternakan atau akuakultur tentang pendekatan ke arah pertanian yang lebih mesra alam seperti penggunaan baja-baja organic dan penggunaan mikrob; dan
    8. Program Peningkatan Pengeluaran Dan Kualiti Produk Industri Asas Tani (IAT)

Lampiran

Tiada Lampiran.