Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

196) MENGGALAKKAN RAKYAT MENCEBURI BIDANG SUKAN SECARA PROFESSIONAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang sukan?

    Antara langkah — langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang sukan adalah seperti berikut:-

     

    • Menjalankan proqram        Kenalpasti        Bakat        (Talet

    Identification)

    Program Kenalpasti Bakat ini dijalankan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak yang berminat untuk menceburi bidang sukan. Walaubagaimanapun, program ini bergantung kepada sukan — sukan tertentu kerana setiap sukan berlainan dari aspek umur dan kategori.

     

    • Menqadakan pertandinqan di semua perinqkat

    Majlis Sukan Negeri Selangor melalui persatuan sukan negeri sentiasa menggalakkan penganjuran sukan kepada persatuan seperti Tertutup Selangor, Terbuka Daerah, Terbuka Selangor untuk semua lapisan umur. Dalam masa yang sama juga mana-mana atlet yang dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan bakat mereka akan dipilih

     

     

     

    untuk menyertai skuad khas persatuan sukan masing- masing.

     

    • Proqram sukan untuk semua

    Selain itu, Majlis Sukan Negeri Selangor melalui bahagian Pembangunan Belia juga telah menganjurkan pelbagai program sukan untuk semua terutamanya warga Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.