Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

336) MENGURANGKAN PENGGUNAAN BEKAS POLISTERENA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah persediaan kerajaan serta pejabat agensi kerajaan negeri dalam melarangkan penggunaan bekas Polisterena?

    1. Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kempen Kesedaran Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polistrena sejak tahun 2011. Pelaksanaan Kempen ini telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 18/2011 bagi memberi kesedaran kepada penjawat awam tentang pengurangan penggunaan beg plastik dan polistrena terutama yang berada di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pelaksanaan Kempen ini adalah lanjutan kejayaan Kerajaan Negeri melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu yang melibatkan pengusaha pasaraya dan pengguna di

     

    Kerajaan Negeri juga sentiasa mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam penganjuran Program-Program kesedaran untuk mengurangkan penggunaan polistrena seperti Persatuan Pengguna dan pihak ADUN. Dalam menggalakkan pengurangan penggunaan polistrena, Kerajaan Negeri telah mengadakan Kempen guna bekas makanan yang boleh di kitar semula yang dibawa dari rumah. Kempen ini telah dilaksanakan sempena bulan Ramadhan yang lalu dan akan diteruskan di setiap PBT di Negeri Selangor.

     

    Kerajaan Negeri sedang menyediakan satu garis panduan bagi melaksanakan pengharaman penggunaan bekas makanan berunsurkan polistrena. Lanjutan itu, satu perbincangan dengan pihak Persatuan Pengusaha Plastik Malaysia (MPMA) juga telah dijalankan bagi mencari kesepakatan serta mendapatkan maklumbalas daripada persatuan tersebut sebelum ianya dilaksanakan.

     

    Beberapa Kempen Kesedaran untuk mengurangkan penggunaan polistrena telah dilakukan oleh pelbagai pihak terutama pihak NGO Alam Sekitar. Pihak PBT seperti MBPJ juga telah mula melaksanakan pengharaman penggunaan bekas polistrena.

     

    Kerajaan Negeri juga sedang dalam penyediaan Enakmen Sisa Pepejal dimana iainya akan meliputi segala isu bekaitan sisa pepejal termasuk perkara berkaitan polistrena.

Lampiran

Tiada Lampiran.