Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

20) MENINGKATKAN INTEGRITI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap integriti di kalangan kakitangannya?

    Kerajaan Negeri menyedari bahawa tahap integriti yang tinggi perlu ada pada semua penjawat awam.  Justeru itu, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Latihan Selangor sebagai pusat sehenti yang memainkan peranan penting dalam merangka dan melaksanakan program yang relevan dalam aspek penyuburan nilainilai murni dan integriti perkhidmatan awam. Pusat Latihan Selangor ini merangkumi dua (2) institusi utama iaitu Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

    Selangor  (ILPBT)   dan   Pusat  Latihan  Penguat  kuasa  Selangor

    (PULAPES).Pelbagai kursus, bengkel dan seminar dianjurkan dari semasa ke semasa dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia dan sebagainya.  

    Antara langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri ialah:

    • Mengadakan Bengkel Pelan Tindakan dan Pencegahan Rasuah Negeri Selangor bagi merencanakan pelan yang komprehensif serta bersepadu berlandaskan norma kerja pentadbiran Kerajaan Negeri. Pelan ini disediakan sebagai langkah pencegahan dengan mengenal pasti ruang dan peluang berlakunya gejala rasuah di Jabatan / Agensi masing-masing. Secara tidak langsung, pihak pengurusan di Jabatan / Agensi berupaya mengambil langkah yang proaktif dan signifikan untuk menambah baik sistem dan prosedur sedia ada. ;
    • Mengadakan pengurusan integriti di kalangan pegawai dan kakitangan di Jabatan / Agensi melibatkan program / aktiviti seperti penerangan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, penubuhan Jawatankuasa

    Keutuhan Pengurusan (JKP) dan simulasi anti-rasuah; iii) Mewajibkan Modul Pencegahan Rasuah kepada Penguat kuasa yang baru dilantik dan masih dalam proses pengesahan dalam perkhidmatan;

    • Melaksanakan program / aktiviti bersepadu iaitu Program Operasi dan Pemeriksaan Bersama Badan Pencegah Rasuah Negeri Selangor (BPR) terutamanya melibatkan kes-kes kecurian pasir dan penguatkuasaan; dan
    • Meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pegawai berhubung nilai-nilai pematuhan integriti seperti membekalkan Buku Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Buku Poket semasa menjalankan tugas.

    Sebagai langkah tambahan, mulai tahun 2008, kerajaan telah memperkenal dan melaksanakan program Pembangunan Modal Insan (SPIES) kepada semua kakitangan awam yang bertujuan memupuk sifat akauntabiliti, bertanggungjawab, amanah dan berintegriti serta menanam semua nilai-nilai murni kearah menjadi seorang penjawat awam yang beretika, efisien dan efektif.

Lampiran

Tiada Lampiran.