Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

24) MENINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk memberikan jaminan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh penduduk negeri Selangor.

    Antara usaha – usaha yang telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk memberi jaminan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh penduduk negeri Selangor adalah:

    1. Menambah bilangan fasiliti kesihatan sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk Negeri Selangor. Sehingga kini terdapat:

     11 buah hospital: 6 hospital dengan pakar dan 5 hospital tanpa pakar

     73 buah Klinik Kesihatan (dengan perkhidmatan Kesihatan ibu dan anak)

     6 buah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

     116 buah klinik desa

     30 klinik 1 Malaysia

     62 buah Klinik Pergigian

    • Bagi Projek Pembangunan tahun 2013 untuk Negeri Selangor, pihak Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM17,936,843.00 yang melibatkan 180 projek kerja- kerja ubahsuai, naiktaraf dan pembaikan bernilai RM 9,645,522.00 dan 58 projek kerja – kerja pembaikan dan naik taraf untuk Klinik – klinik kesihatan dan klinik pergigian besar (PSK) yang bernilai RM8,291,321.00.
    • Bagi Projek Rancangan Malaysia ke – 10 (Tahun 2011 – 2015), sejumlah 35 projek telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM1,301,564,279.67 , di mana 20 projek telah berjaya disiapkan, 7 projek sedang dalam pembinaan dan 8 projek lagi masih di peringkat perancangan. 7 projek yang sedang dalam pembinaan adalah:

     Membina Klinik Desa 2G Kg. Sg Lui, Hulu Langat

     Pembinaan Hospital Shah Alam

     Kuarters Integrasi Klang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah

     Kompleks Onstetrik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (Fasa 2)

     Ubahsuai Klinik Kesihatan Jenis 3 Kota Damansara Petaling Jaya

     Membina Kuarters 8G Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Petaling

     Pembinaan Klinik Kesihatan Simpang Lima, Sabak Bernam Jenis 3 dengan kuarters.

    8 projek yang di peringkat perancangan adalah:

     Klinik Kesihatan (jenis 3) Kapar dengan kuarters, Klang

     Klinik Kesihatan (jenis 3) Puchong, Petaling

     Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn (jenis 3), Cheras

     Klinik Kesihatan (jenis 3) Gombak Setia, Gombak

     Hospital Tg. Karang

     Klinik Pergigian Tg. Karang Kuala Selangor

     Blok Pergigian Bukit Changgang, Kuala Langat

     Naiktaraf       High      Dependency      Ward      (HDU),      Jabatan

    Anaesthesiology, Hospital Sg. Buloh.

    1. Bagi perjawatan Pegawai Perubatan, sebanyak 95 peratus perjawatan Pegawai Perubatan di semua Hospital dan Klinik Kesihatan telah diisi dengan 93% pengisian di hospital dan 98% pengisian di Klinik Kesihatan. Manakala pengisian perjawatan pakar di hospital adalah 75% dan 34 Klinik Kesihatan di Negeri Selangor mempunyai Pakar Perubatan Keluarga.
    2. Bagi penambahbaikan peralatan perubatan di klinik – klinik kesihatan dan pergigian negeri Selangor, hampir kesemua klinik di negeri Selangor akan menerima peralatan perubatan baru melalui Projek Penswastaan Perolehan dan Penyelenggaraan Peralatan Perubatan

    Bagi Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian di bawah Program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) yang akan memulakan penghantaran pada tahun hadapan untuk tempoh masa 3 tahun yang akan datang. Jumlah fasiliti (Kesihatan dan pergigian) yang terlibat ialah 309 dan jumlah peralatan perubatan baru yang terlibat adalah sebanyak 5625 peralatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.